Beautiful Me

The Disclaimer





Hello and Welcome my fat zomba(s). You have entered to blablabla. I just shared what I like and feel. Put your own words. I hope you like my new skins. Thank you :)

Travel This Site



The Cbox Song



♦ URL blog wajib ade not email
♦ Harsh words & Anon not allowed

Credits


This skin is made by : Mrs AF
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Fatin Nabila 2012


FRIENDS FOREVER


Monday, 19 March 2012 12:34 0 Comment(s)


Hai semuaa. *sambil lambai tangan*. How are you? Aku? Tak berapa nak sihat. Degupan jantung aku semakin tak stabil. Terlampau pantas. Kenapa ek? Alaaa, macam tak faham. Aku batch form five last year. So apa lagi yang aku nak takutkan kalau tak bukan kerana result SPM yang bakal diumumkan this coming wednesday. Betul tak? Siapa batch form five last year? Korang takut tak? Mesti rasa seram sejuk kan? Tidur pun tak lena asyik memikirkan pasal result ni je.

Oh btw, harini aku nak story mory pasal bestfriend-bestfriend aku. Sekali sekala update pasal kawan-kawan aku pun apa salahnya kan? Aku hargai diorang. So this is the best way to show to them that i really-really appreciate our friendship. Boleh lah korang berkenalan dengan kawan-kawan aku yang comel ni. Hikhik. *gelak gedik*.

So, mari kita mulakan dengan kawan aku yang sorang ni.


Kawan aku yang comel ni nama dia Nurul Izwani. Aku panggil Wany. Start kenal dia actually masa form 3 lagi. Tapi time tu tak tegur-tegur sangat pun. Senyum-senyum gitu je. Sebab tak sama class. Then naik form 4 aku jadi classmate dia. And meja aku depan meja dia je. So start dari situ boleh rapat. First impression aku terhadap Wany ialah, damn you're so cute. Dia comel sangat. Dia tak banyak cakap, dia lemah lembut, sopan-santun. Serious she is such a nice girl. Dia pandai Math. Aku kalau blur ke, apa ke, memang aku tanya dia je. lepas tu masa tengah tahun 2011 dia pindah ke Kelantan. So aku berseorangan lah. Kesian. Forever alone. :') Tapi, even berjauhan pun, boleh dikatakan tiap hari kami contact. Kadang-kadang on the phone lama-lama sampai telinga kami panas, kadang-kadang chatting kat facebook. Aku rasa Wany dekat je dengan aku. Hee. Gediknya aku. Mesti Wany nak muntah baca entry ni. Hahaha. Kami suka share-share cerita. Ada je benda yang nak dibualkan. So i can't wait to see ya! Dapat jumpa kau nanti aku nak peluk-peluk. Haha. Rindu kot weyyyyy. Lama tak jumpa.


Ni lagi sorang comel. Nama dia Fakhira Izzati. Dia pun bestfriend dengan Wany. Diorang kenal lebih awal berbanding aku. Sebab aku budak baru. Diorang pun budak baru actually. Tapi diorang masuk sekolah tu awal lagi sikit dari aku. Fakhira ni sangat smart. Aku suka cara dia belajar. Dalam kelas mesti suara dia paling kuat bila cikgu tanya apa-apa soalan. Salute la dengan kau weh. Nasib baik kau ada dalam kelas tu, kalau tak cikgu tu cakap dengan dinding je la. Haha. Dia macam kakak aku dah. Dia matured, dia suka bagi nasihat dekat aku. Sebelum aku nak buat apa-apa tindakan bodoh mesti aku tanya dia dulu. Having a conversation with you is the exciting moment ever! Seronok gila bila dapat sembang dengan Fakhira ni. Macam-macam topik. Pernah sekali tu aku bersembang dengan dia pasal apa entah , sampai aku rasa nak terkencing dalam seluar sebab lawak sangat. *ehem time tu PJ so pakai seluar* :P Ada Fakhira dalam kelas tu betul-betul menceriakan hari-hari aku. Unfortunately, dia kena pindah kelas. Tulaa, sape suruh dia pandai sangat, kan dah kena tukar kelas ke 5 SN 1. Kalau kau stay 5 SN 2 mesti lagi best. Boleh ajar aku Physic. Bayangkan betapa seksanya aku masa form 5. Bestfriend aku dua-dua hilang. Wany pindah, Fakhira tukar kelas. Time rehat memang lah still boleh jumpa, tapi tak sama macam jadi classmate. Jadual aku dengan dia lain. So bila ada peluang dapat rehat sama-sama memang best gila lah. Aku ada ramai kawan, tapi nak cari yang boleh ngam tu memang susah lah. Diorang ni sekepala dengan aku. So aku tak rasa awkward nak cakap apa-apa dengan diorang.


This is Anis Syuhada. Malam tadi aku on the phone dengan dia bapak lama gila. Sampai pukul 2.30 pagi. Dia memang rajin call aku. Serious terharu gila. Susah k nak jumpa kawan yang tak berkira macam dia. Aku sembang dengan dia malam tadi sampai suara aku hilang harini. Sakit tekak aku mana baik lagi, so harini nak cakap pun seksa. Aku pun tak sangka aku boleh jadi bestfriend dia sebab dulu masa form 4 serious kiteorang tak bertegur sapa sangat pun. Dia kata aku sombong, aku kata dia sombong. Then bila dah kenal-kenal, baru aku dia perangai dia actually macam mana. Dia baik, caring, pandai, comel, adorable, ramah, fun, cool and banyak lagi. Start naik form 5 aku makin rapat dengan dia. Kehulu kehilir mesti bersama. Best lah dapat kawan macam dia. Dah habis sekolah macam ni pun still rajin contact aku. So it such a wonderful thing to have a good friend like her.


K ni sape pulakk? K bangang punya soalan. Ni aku lah. Lepas update semua ni rasa malu. So bajet pose macam orang malu lah ni. Hahaha. Pfftt. Okay-okay serious. So,kawan yang lain-lain pun aku sayang jugak. Cuma aku taktahu diorang sayang aku ke tidak. Hehe. Okay lah. Tu je kot yang aku nak update. Byeee. see ya!