Senyum? Senyum tu apa? Boleh ajarkan saya cara untuk tersenyum tak? Boleh?
Saya seorang perempuan yang susah untuk tersenyum. Saya hanya akan senyum apabila perlu. Bukannya saya robot yang tiada perasaan, cuma kekadang saya rasa takde benda yang layak untuk saya senyum kan. Eh? Betul kah ayat saya tu? Ah peduli apa saya -.- Saya bukannya seorang yang garang dan serious, cuma saya tidak suka senyum. Saya pun tak tahu kenapa dengan saya.
Ramai orang cakap, saya comel sangat bila senyum. Eh? Perlu ke bagitahu? Lol. Saya memang comel. Saya tahu itu. Hihi. Kalau saya senyum memanjang, nanti ada orang jatuh hati dengan saya pulak. So, lebih baik saya takpayah senyum. Bukan best pun jatuh jatuh hati ni. Nanti bila dah jatuh, mesti terluka :(
Tapi.... saya akan senyum bila bersama-sama kawan-kawan saya dan family saya. Sebab apa tau, diorang je yang mampu buat saya tersenyum. The other rest? NO. Apa yang buat saya jadi macam ni? Nothing. Saya memang macam ni. Ah bodoh bodoh je entry ni. Taktahu nak taip apa. Bye.
-.-
Firstly aku nak bagitahu mood aku memang tengah tak elok langsung sekarang. Second gamba dekat atas ni memang nampak comel dan sweet, tapi trust me, post aku yang terbaru ni memang tak akan sama comel dengan gamba tu sebab.......... AKU NAK MENCARUT HABIS HABISAN MALAM NI. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA =='
Gurau. Aku taknak ah mencarut. Aku mencarut sorang-sorang aku je. Aku takkan biarkan bahan carutan aku menjadi tontonan awam. Not niceeeee.Pasal benda yang buat aku marah ni, rasanya takpayah lah kot aku cerita. sebab its kinda private. Cuma tadi aku terbaca something yang aku taknak baca je. Tu yang end up jadi macam ni. Okay enough.
Aku taktahu lah kenapa aku selalu rasa alone. Bestfriends aku semua dah jauh dari aku. Yang tinggal pun semua kawan-kawan yang kadang-kadang boleh masuk, kadang-kadang aku tak faham diorang sembang pasal apa. Love? Don't bother ask me about love. Aku dah taktahu cinta tu apa. Aku dah tak reti nak sayang orang. Sebab orang yang aku sayang tak pernah hargai sayang aku kat dia. So yeahh, just don't fucking ask me about love.
Kadang-kadang rasa macam bangang plus bodoh plus bengap plus ah babi lah. K sorry. Termencarut. Aku memang tengah boiling like hell ni wehhhhhh. Aku rasa duit aku menopup tu nak dekat beribu kot. On the phone everynight with the wrong person. Ergh screw me. Why so stupid? Why can't i realize this before?
And kenapa baru sekarang aku nak marah? Padahal dah lama benda tu. K... i tell you why. Selama ni aku banyak memendam perasaan. Then bila aku dah blow up. Inilah jadinya. Hmmm. Life is unfair.
Eid :)
Assalamualaikum.
Hai. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun sekiranya sepanjang tempoh saya berblogging saya ada menyinggung perasaan sesiapa. Kepada sesiapa yang pernah butthurt dengan semua entri-entri saya sebelum ini, maafkan saya. Tak sengaja. Saya menaip ikut suka hati saya je. Tapi kebanyakan post-post saya before this tak tuju kepada sesiapa pun okayyyyy. So puhlease jangan nak butthurt sangat.
Saya malas nak menaip sangat malam-malam macam ni, so saya bagi anda semua tengok gambar-gambar syiokkk sendiri saya ni je lah okayyy.
Hellooo, kami datang nak beraye ni!
K... senyum kurang ikhlas disitu. Panas k panas.
My breath :)
Dulu aku rasa budak gila ni tinggi paras bahu aku je. Sekarang dah sama tinggi dengan aku. -.- Eh, actually dia tinggi lagi sikit dari aku.
Kakak aku yang sangat annoying but at the same time she is my perfect bestfriend :)
Tak nampak gigi.
Nampak gigi -.- Mana comel lagi? Nampak gigi ke tak nampak gigi? Hahaha lol xD
Tangkap gamba sendiri -,-
:)
This two kids brighten up my raya. :)
So yeahhhh, my raya was great! Eventho duit raya takdelah banyak sangat. I got RM 80 only. Duit raya tak penting. Yang penting dapat berkumpul bersama family :)
HATERS GONNA HATE
Stay strong, make them wonder how you're still smiling.
Haters gonna hate this. Lol. Kidding. You're not going to hate this because i'm not writing this post for you. You're not that hot pun. So there is no point.
You got HATERS? No? If no, then you don't have to read this. Lol kidding. Hihi.
Selalunya orang yang awesome mesti akan ada haters. Nak tahu kenapa? Haters ni adalah someone yang suka jelly-jelly i mean jealous dengan kejayaan orang lain. Nampak orang lain lebih sikit dari dia pun dia dah nak benci orang tu.
Example
- Boyfriend korang handsome and agak comel .
- Korang selalu dapat markah tinggi dalam exam.
- Cikgu sayang korang.
- Korang cool.
- Ada ramai followers dekat twitter.
- Ramai kawan.
- Korang kaya berbanding diorang.
- KORANG CANTIK COMEL JELITA GORGEOUS PRETTY SWEET AYU. k over.
Faham point aku sekarang? We got haters because we are awesomeeeeee.
Chill sudah lah dengan para pembenci ni. Biarkan mereka membenci kita, biarkan mereka mengstalk kita, biarkan , biarkan. Kita tak rugi apa-apa. Kita untung lagi adalah. They make us feel like a celebrity you know.
Tapi kalau haters to dah start spreading stink rumours about us, baru kita bertindak! But how? Easy baby easy. Pergi je lah jumpa dia, selesai cara baik. Tapi kalau dia main kasar, kita tumbuk je lah muka dia. Eh? Jangan jangan. Berlaku kemungkaran disitu. But you know what, its better if we don't give a damn about all the rumours. Just let it be. Just smile.
Smiling is the best revenge. Smiling is the most powerful thing in this world.
Whatever it is, take it as a challenge. Biarlah orang nak jatuhkan kita, yang penting kita jangan pernah give up dan sepatutnya benda macam ni buat kita lebih berazam untuk bangkit dan berjaya. K...... skema bunyinya. Ah lantak lah kan.
Short and simple
Hi. Saya nak jiwang malam ni. Boleh tak? Kalau tak boleh pun, saya nak jiwang jugak! Nak jugak! *hentak kaki* Anda pernah couple tak? Lol mesti ah pernah kan. Tapi ada je kawan-kawan saya yang tak pernah couple. Rasa macam cool jugak ah diorang ni. Teringin nak jadi macam kawan-kawan saya ni. Tapi too bad, i got so many ex-boyfriend. *sigh*
Ayat typical boyfriend kita time tengah couple "baby i wanna be with you forever and ever. Nanti kita kahwin k. Dapat anak sepuluh orang blablah" And time tu, kita rasa yakin gila dia akan jadi husband kita one day. Kita rasa dia jodoh kita. Tapi tak sampai sebulan..... Kita putus dengan dia. What i'm trying to say here is... Tak perlu yakin dengan hubungan yang kita ada sekarang. Just chill, go with the flow. Relaks relaks sudah. Tak perlu heboh satu facebook kau dengan dia engaged lah, married lah. Bila putus, siapa malu? Kita jugak kan.
Kalau budak usia 18 tahun and above macam aku ni nak buat macam tu aku boleh terima lagilah. Tapi kalau budak form 1 form 2 nak buat macam tu aku rasa macam nak muntah hijau. Puhlease lah weyyy. Too young lah. Underwear pun mak kau yang beli dah ada hati nak cakap pasal kahwin? Lololol. Malu siaaaa.
My point is, takpayah lah kite terkejar-kejar mencari pasangan hidup. Jodoh rahsia tuhan. Kalau ada, adalah. Kalau takde, pasti akan ada suatu hari nanti. Okayyyyy, this post is actually for me jugak. Note for my self. :)
move on
Pernah tak kau rasa kau lifeless? Apa yang kau buat semua orang tak pandang. Even kau buat baik dengan orang pun orang tak heran. Kau rasa kau tak berguna. Kau rasa kau dah give up dengan life kau. Orang yang kau cinta pun khianati kau. Kau tertanya tanya kau silap di mana. Kau cintakan dia, kau setia dengan dia. Tapi dia....? Dia curang, dia tipu kau.
Kau menangis tiap malam mengenangkan dia. Mengenangkan semua masalah yang berlaku dalam life kau. Kau rasa kau bodoh. Kau tetap sayang dia even dia dah buat macam-macam dekat kau. Kenapa? One word, LOVE. You love him. Kau cuba buang dia dalam hati kau, tapi kau tak boleh. Kenapa? You love him. Yes, you love him.
Apa yang harus kau buat ? Jauhkan diri dari dia. Tahan rindu kau, apa kejadah semua tu. Kenapa? Tak guna k tak guna. Kau kena kuat. Buat apa kau bazirkan air mata? Jangan jadi bodoh. Sebab seorang lelaki, kau biar diri kau merana. Lelaki mana-mana boleh cari. Lepaskan jelah dia. Move on lah weh. Kau mesti boleh.
p/s: Aku diganggu dengan IM yang agak banyak. So....aku takboleh nak focus langsung time update benda ni. Maafkan aku. Haha k.
.
Awak, awak. Kite nak mintak biodata awak boleh? Plish plishh.... *muka comel*
Eeeeei. Tak boleh! Jangan gatal sangat!
Haha. Sebenarnya, ni conversation aku dengan seorang budak lelaki masa aku dan dia darjah 4. Dulu, budak-budak baya aku ni berkenalan melalui biodata. Bukan macam zaman sekarang ni. Dulu mana ada facebook, twitter semua tu. Semua pakai kertas je. Zaman sekarang? Budak darjah 1 pun dah ada facebook. Lepastu mulalah berlakunya lambakan akaun facebook yang menggunakan gambar spiderman, ultraman dan gambar gambar kereta. -.-
Okay, berbalik kepada cerita aku dengan budak lelaki tadi tu. Aku sebenarnya budak baru dekat sekolah tu. Lepas-lepas masuk je, terus ada mintak biodata. Nak mintak number, aku mana pakai handphone lagi. So budak tu mintak biodata. Sumpah lawak gila. Budak tu memang kena maki maki dengan aku. Aku cakap dia gatal, hodoh and macam-macam. Aku pun taktahu apasal aku garang sangat dulu. Actually kan, aku rasa geli tau tak. Aku tak tahu lagi apa itu cinta and blabla. Sampai sekarang, aku tak bagi lagi biodata aku dekat budak tu. Kesian dia. Dulu dia memang tak comel langsung. Hingus meleleh. Tapi sekarang..... Memang handsome gila. Macam Randi Pangalila. Baru baru ni dia add aku dekat facebook. Pandai betul dia cari facebook aku. -.- so aku pun stalk and stalk lah gambar-gambar dia. Sah lah. Itu memang dia. Memang dia handsome sekarang. Cepat betul berubah. Dulu seluar dia senteng, pakai seluar atas pusat. Muka pun nerd.
So sekarang, aku nak expose sikit lah biodata aku dekat sini. Hewhew.
MY BIODATA
Fatin Nabila bt Kamarudin.
18 tahun.
7 Mei 1994
Hospital Daerah Lumut, Perak.
Dah cukup. Tahu basic sudah. Nak tahu lebih, follow saya di twitter. Haha k over. Kbai.
Takde title
Nampak tak senyuman ni? Fake semata-mata. Cewah.Tadi kan...... Ayah aku marah aku tau. Dia kata aku tak sedar yang sekor baby hamster aku dah mati. Lepastu mayat dia diratah-ratah oleh ibu hamster dan adik beradiknya yang lain. Sumpah aku terkejut gila. Aku tak perasan. :'( Aku busy tengok movie+tweet sampai dah lama abandon diorang. Aku rasa bersalah yang teramat. Aku tak tahu punca dia mati. Baby tu dah gemuk dah tau. Dah besar dah. Sekarang tinggal 3 ekor je baby hamster tu. Lepastu mak aku pulak marah aku. Dia kata aku seksa binatang tu. Tak jaga elok-elok. Uwaaa sedih syialll. Kenapa aku dituduh begitu.
Lepas kena marah tu kan, aku pun terus menangis depan sangkar hamster tu. K sumpah macam agak over. Hamster je pun. -.- Tapi..... hamster tu aku sayang sangat. Aku kesian sangat tengok dia mati. Tambah menyedihkan, mak dia berebut-rebut dengan anak-anak dia nak gigit bangkai baby hamster yang mati tu. Nak buat macam mana kan, kalau dah binatang, binatang jugak.Then ayah aku paksa aku buang bangkai hamster tu. But guess what? Sampai ke malam ni aku tak buang. Aku geli ahhhhhh. Tak sanggup nak tengok. Baby hamster tu dah takde kepala lah. Taknak buang! Taknak! GELI GELI GELI. Biar je lah ayah aku yang buang.
K dah cukup pasal hamster. Sekarang nak cerita kejadian yang baru berlaku tadi. Masa sibuk tengah online, tiba-tiba handphone aku berbunyi. Ada orang call! Number unknown. Tapi serious sangat familiar dimata aku. Aku terus jawab panggilan tu and.............Tahu siapa yang call aku? Ikram. Ex-boyfriend aku. Dia sekarang dekat PLKN. Aku bergaduh teruk dengan dia dulu. Berbulan bulan tak bertegur sapa. Dekat facebook pun aku unfriend dia. Number dia aku delete. Senang cerita, aku dah anggap dia macam tak wujud. Tapi tiba-tiba, dia call aku and aku pergi angkat pulak kannn. -.-
Aku bergayut dengan dia bapak lama. Seolah-olah macam tak pernah bergaduh. Haha. Dia boleh pulak buat drama. Recall kenangan aku dengan dia. Seriously, aku tak faham apa point dia. -.- Macam tak perlu kot nak ingat semua tu. Tapi takpalah, aku layankan aje lah. Sebab aku pun taknak dah gaduh dengan dia. Then sekarang dah okay lah. Dia mintak maaf, aku mintak maaf. Dan berdamai. Kami berkawan sekarang. Macam aku cakap, aku lebih suka berkawan dengan dia. Dia baik sangat dengan aku dulu. Caring and setia. Dia sangat setia. Susah nak jumpa lelaki yang setia macam dia. :D
Kalau nak tahu, ni masa form 5. Aku lah yang tangkap gambar ni masa kiteorang dating. Sumpah bila ingat balik, aku rasa macam nak gelak guling-guling.
Dulu, masa form 5 aku selalu sakit-sakit. Aku wajib bawak ubat aku pergi sekolah. Then pada suatu petang, masa tu dekat rumah. Aku nak guna ubat tu. Aku pun check lah beg sekolah aku. Dan ubat tu takde. Aku tertinggal bawah meja kat sekolah. Ikram dengan bersusah payah pergi sekolah tolong amikkan and hantar ke rumah aku. Dia siap sembang dengan mak aku. Haha. Sweet kan? Dia memang sweet. Semua perempuan cakap aku bodoh pergi tinggalkan dia. Lol. Aku dengan dia kadang-kadang tak serasi. Aku selesa berkawan baik dengan dia. So aku rasa, aku memang hanya akan berkawan dengan dia. :)
i feel like dancing
The best revenge is happiness, because nothing drives people more crazy then seeing someone actually having a good life.
Hye. Hoi. hye hoi hye hoi. K gila. Haha. Sorry. Serious aku tak tahu nak update pasal apa. Sumpah kehilangan idea. Maybe lama tak baca paper kot. Takde bahan yang nak ditaip disini. K teruk. Aku patut baca paper kan. Pengetahuan am kurang. Macam mana nak score paper pengajian am nanti? -.- So yeahh. Ada sesiapa yang berminat nak tahu pasal life aku sekarang? *muka excited*.
Kalau takde, aku nak cerita jugak. Hahahah k over kann. Ah lantak lah. Blog aku. :P Life aku sekarang memang great gilaaaaa. Boyfriend ? Oh boyfriend saya dekat PLKN. Tak tahu lah jadi apa dah. Malas nak amek tahu pun. K jahat.
Seriously, my only focus now is my future. Boy stuff? Ah, screw that. I don't give a shit. Malas nak serious sangat kot dalam any relationship. Sebab, perjalanan aku masih jauh. Ramai lagi orang yang aku akan jumpa nanti. So, aku malas nak serious-serious bajet macam nak kahwin. Last-last, putus tengah jalan. Nanti aku jugak yang heartbroken kan? Cukup lah aku heartbroken sekali.And yang menambahkan kan kepeningan aku, ada two guy ni mintak couple dengan aku. sedangkan diorang tahu aku ada boyfriend. Aku takkan approve. Aku nak study k. Bukan nak tambah boyfriend. Ingat aku playgirl ke couple ramai-ramai. -.-' Cukuplah sekadar berkawan. Skandal ke apa ke, memang aku tak berminat. Macam murah gila lah berskandal skandal ni. Ingat style ka apa skandal-skandal. Eventho boyfriend aku jauh gila dari aku, aku takkan curang. Sebab sepanjang hidup aku, aku tak pernah curang.
And satu lagi. Aku nak cakap yang aku rindu sangat-sangat dekat kawan-kawan aku. Izwani and Fakhira. Lama gila tak gossip dengan diorang. Lama gila dah tak on the phone berjam-jam. Banyak sangat cerita nak kongsi. Tapi tak pernah berkesempatan. Semuanya busy. Aku pun busy.
Guys, if you reading this. Lemme tell ya something. I MISS YOU GUYS SO BAD. DAMN WANT TO MEET YOU GUYS. K dah. Puas dah melepas rindu dekat blog. :D
Just a short update
Assalamualaikum
Post terakhir mungkin? Haha. bajet je nak terakhir konon. Tapi nanti update jugak. Puii. Okay enough. Maybe bukan yang terakhir. Tapi lepas ni aku akan jarang sekali berblogging. Why? Me so busy okay. Got so many presentation. Kan haritu aku dah cakap. Form six bukan macam dulu dah. Dah macam universiti. Form six sama tarafnya dengan diploma dan matrik. Cuma yang membezakannya lokasi pembelajarannya di dalam sekolah. Aku rasa aku sedang memilih jalan yang betul. Betul dah lah ni. Cuma tinggal usaha je. Sebab form six sangat tough. Okay dah.
So macam mana dengan sekolah and study? So far, everything is running smoothly. Dan sangat busy. Nak dipendekkan cerita, setiap subjek ada kena buat presentation. Cikgu-cikgu aku pun agak cool dan best gitu. Cuma ada sorang cikgu ni aku kurang nak paham cara dia mengajar. Bukan aku sorang je tak paham. Semua orang tak paham. -.- Nasib baik dia ajar bm je. Classmate aku semua okay lah. Yang lelaki agak bising and annoying. Tapi tak semua kot yang stay. Nanti ada lah tu yang blah dari form 6. Lagi bagus begitu. Senang sikit aku nak focus.
And yang pasti, aku akan belajar bersungguh-sungguh and cuba sedaya upaya aku untuk dapatkan pointer 3.5 ke atas setiap semester ni. Insyaallah i can do it. :)
Never come back!
Hi, I'm a girl. I run from guys that want to make me happy and fight for the ones that make me cry.
I'm agreed with this statement. Perempuan memang selalu tersilap dalam mencari lelaki yang betul. Orang yang paling dia sayanglah yang selalu buat dia menangis. Kenapa dia menangis? Mudah je. Sebab dia sayang sangat dekat lelaki tu. Tapi lelaki? Bila dia dah curi hati perempuan tu, dia tak reti jaga dan hargai. Dia ingat perempuan mainan yang dia boleh nak game dan betting bersama kawan-kawan dia. Apa kau ingat cinta perempuan ni umpama wang syiling yang boleh kau pertaruhkan dengan kawan-kawan kau?
"Wey, kalau hampa dapat tackle awek cun tu, aku belanja hampa makan nasi ayam dengan topup. Kira terer ah kalau dapat ngorat dia."
Sembang lelaki-lelaki bajet hotstuff dan perasan handsome pada suatu petang. Sedangkan mereka sudah mempunyai girlfriend. kesian si girldfriend. Mati-mati ingat boyfriend dia setia dengan dia. Kejam kan lelaki? Sungguh kejam. Setiap air mata yang menitis umpama satu kasih sayang perempuan terhadap lelaki. Bila perempuan tu dah mula tak sayangkan kau, jangan mengamuk dan frust menonggeng. Siapa suruh kau kecewakan dia? Siapa suruh kau curang? Apa seorang perempuan tidak cukup buat kau wahai lelaki?
Bila perempuan tu dah teruskan kehidupan dia, dah mula move on, kau tiba tiba datang kembali. Kau memang lelaki tak tahu malu kalau kau berbuat demikian. Kau lelaki murahan. Kau kan hotstuff and 'handsome'? Mana pergi semua fans kau? Lari tinggalkan kau jugak? Kesian kau. Itu balasan untuk kau.
Aku dah pandai ketawa dan tersenyum tanpa kau disisi. Aku boleh teruskan hidup aku. Nak tahu kenapa? Kau tak layak untuk ditangisi. Kau bukan sesiapa. Kau cuma lelaki yang tak layak untuk menjadi imam kepada aku. Aku akan cari lelaki yang boleh buat aku ketawa. Bukan menangis. And you know what? You are my biggest mistake. Kalau aku boleh ulang balik waktu, aku takkan pernah ingin mengenali kau. Walaupun sebagai kawan. :')
p/s: Cerita dah lama, tapi aku ungkit balik. Sebab aku baru tahu dari kawan aku semalam. Dia cerita segala-galanya tentang keburukan kau. Sungguh aku tak sangka. Terima kasih lah awak. Nasib baik kita dah putus lama. Alhamdulilah. :)
I'm still standing and no one can stop me
"Promise yourself to be so strong that nothing can disturb your peace of mind."
Pernah anda dilanda perasaan serba salah dan gelisah? Pernah anda merasa seakan akan ditindas? Pernah kah? Semua orang cuba mengecilkan impian anda. Everyone is trying to make you feel down. Try their best to make you feel uncool. Make you feel like a jerk, like a loser. And at last, you are the one who will be a victim of this silly situation. Anda mula merasa tidak yakin dengan kebolehan diri because everyone never believe in you. What should you do? Just ignore this stupid ''pengkritik'. Because they will never understand your feeling, they are not you. This is your life, this is your journey. You are the one who will write your own journey. Not them.
I note this to myself actually. Because everyone seems trying to bring me down. I don't know what the hell is wrong with them. So busy body like old whore from street. -.- Sometimes, i do feel like a jerk. But you know what? I have to stand up and walk. I shouldn't listen to what people say. And the most important thing, i won't give up. Never.
Wey, poli is better than form six laaa. Dari masuk form six, baik kau pergi poli. Terjamin masa hadapan. Apalah kau ni. And blablabla.
Makcik, kalau kau nak pergi poli, kau pergi je lah. Yang kau nak influenced aku suruh join kau jugak ni pehal doh? Yang kau nak merendahkan form six tu pulak apa kes? Semua benda ada kelebihan dan keburukannya. Tapi sepanjang pemerhatian aku bergelar pelajar tingkatan enam ni, apa yang aku yakin tingkatan enam banyak gila kebaikannya. Cuma orang tak nampak. Kenapa orang tak nampak? Sebab mata dan hati mereka dibutakan dengan sejenis perasaan yang sangat kolot. Iaitu, uniform sekolah. Bagi diorang, pakai uniform sekolah takde class. Macam budak-budak. Terikat dengan peraturan dan blablah. Yeah, i do admit aku pernah jugak rasa muak dan menyampah bila tengok uniform sekolah. Tapi i do realize, you only have to wear that uniform just for one year and half, and after that you ready for your degree. Wow. And that time, budak poli and budak diploma masih sedang merangkak-rangkak menghabiskan baki tiga tahun mereka. Dan kau pulak, dah nak mula ijazah. Jimatnya masa. Muda belia lagi masa tu. Can you imagine the situation? Banyak kelebihannya.
So yeah, set on your mind, biar bersusah dahulu, bersenang kemudian. Biar orang nak pandang rendah pada kita. Biarkan. one fine day, you will be standing on top while they are still crawling. Just believe in yourself. You can do it. Insyaallah.
New born
Hello! How are you? I just got back from school and school holiday is just about to start. Me was so excited cause i love holiday. I just love it. No word can describe how much i love school holiday. But i got a truckloads of assignment to be finish. Bukak sekolah terus ada presentation. And aku group pertama. Memang ohsem sangat kan? -.- So time weekend ni kena discuss dengan diorang dekat library awam. Nanti aku snap gambar ahli kumpulan aku tu k? Huhu. Ada sorang tu handsome jugak ah. Tapi aku tak cair pun k. Aku memang taknak fikir pasal cinta for this time being. Haha. Yela tu kan?
So.... Hamster aku dah selamat melahirkan enam ekor anak. Seriously, aku sangat terkejut and aku tak sangka selama ni dia pregnant. Tut tup beranak. Memang terkezut ah. Entah bila dia beranak aku pun taktau. Aku mengaku aku abandon dia akhir-akhir ni. Balik sekolah, terus mandi, solat, makan, and tidur. Memang takde masa nak pergi usya sangkar dia tu. Petang tu pun adik aku yang bagitau. Kalau tak, memang sampai ke esok hari aku tak tahu dia beranak. Btw, aku agak geli dengan anak dia. Sebab kecik sangat. Takut aku tengok saiz diorang yang terlampau kecik tu. And i can see their heart. Tapi memang precious moment jugak lah sebab aku boleh tengok macam mana allah cipta makhluk dia dengan sempurna. So secara tidak langsung, aku ada lapan ekor hamster semuanya. One big happy family. Huhu.
Tadi lepas lunch dengan ayah aku dekat KFC aku ajak ayah aku beli makanan hamster tu. Then aku tanya pekerja kedai tu pasal the new born baby hamster. Dia cakap kena asingkan ayah hamster tu dari mak dan anak-anak dia. And i was like.... OHHHH SERIOUSLYYYY?? Sumpah aku taktahu pasal tu. So aku beli sangkar baru untuk diorang. Lagi comel k. Siap ada gelongsor. Aku rasa macam nak duduk dalam tu je main gelongsor. Haha k merepek. -.- Kena asingkan ayah dia sebab ayah dia akan makan anak dia nanti. Sumpah agak takut je bunyi tu kann. I don't wanna see any death. Aku nak tengok enam-enam ekor membesar menjadi hamster yang comel! So nasib baik ayah dia tak makan lagi baby baby tu. Thank god. Tapi ada sekor tu takde tangan. Err. K. Sedih. But still alive until now.
Tapi lepas pindahkan mak dan anak-anak hamster tu, mak dia jadi macam meroyan macam mana tah. Dia jadi hyperactive. Panjat sana sini. And dia tak jaga pun baby baby dia tu. That's kinda disturbing. I wonder what is actually wrong with her. Dah dapat rumah baru pun tak suka ke?? Tapi maybe dia tak biasa lagi. I guess so. Okay enough about that. Yang pasti aku sangat excited dengan kelahiran baby baby baru ni. I just love something cute. Can't wait to see they are grow up. :)
You mean the world to me
Saya patut tersenyum. Sebab saya masih ada keluarga. Saya patut senyum sebab saya masih ada sahabat yang setia. Saya patut senyum, sebab kehidupan saya bahagia. Saya patut senyum, sebab saya ada dia. :')
Aku akui, aku seorang manusia yang yang tak pernah bersyukur dengan apa yang aku ada. Ada je benda yang tak cukup bagi aku. Aku suka merungut. Suka sangat. Kadang-kadang aku tak sedar yang ada orang lebih susah hidup dia dari aku. Bila aku cerita pasal family aku, mesti diorang kata aku bertuah ada parent yang awesome. Seminggu tiga kali kiteorang dinner dekat luar. Kadang-kadang lebih. Tapi tupun aku tak bersyukur lagi. Motor pun ayah aku belikan. Ada orang lain kena naik bas, kena naik basikal. -.- Kalau hujan ayah aku jemput. Senang je hidup aku. Ayah aku lagi suka kalau aku naik kereta dengan dia. Dia kata bahaya naik motor. Tapi aku suka naik motor lagi. Sebab aku tak suka traffic jam. See? Betapa demand dan mengadanya aku. Aku sedar k aku sedar. :'(
Sebenarnya aku rasa bersalah dengan parent aku. Diorang banyak berkorban wang ringgit untuk aku. Tapi aku tak reti hargai. Suka hati aku je nak beli macam-macam. Baju sekolah aku pun ibu aku beli yang baru. Sweetnya ibu :') Ibu orang lain suruh pakai yang last year je. Buku-buku rujukan aku pun ibu aku beli. Dah lah tebal-tebal. Sayangnya ibu aku dekat aku. :') Masak makanan yang sedap-sedap tiap-tiap hari sampai aku tembam. Teman aku shopping setiap kali weekend. Mom, you are everything. I love you so much.
Aku berjanji. Aku akan study hard. Aku akan balas jasa ibu bapa aku. Aku janji. And thanks for the cake mom. I love you so much. Xx
So yeah, macam biasa. Abaikan tarikh diatas. Aku memang ade penyakit pemalas nak set tarikh camera dengan betul. -.-
SPREAD THE WORLD WITH LOVE
''Tak payah nak love-love sangat lah woi''
Oh hello and hye. Assalamualaikum. How are you? Me was fine. School life? Great. Seriously it was great. And i can't wait to start this first semester with the new passion. New start. New environment and for sure with the new classmate. Lols. Excited much? Okay. Enough with school life.
Actually thanks kepada kawan aku yang comel ni, Izwani sebab dia lah aku ada topic untuk dibahaskan disini. Ayat macam nak mintak kaki. Haha k. Bahas tu macam kurang sesuai penggunaannya kan. Lantak ah. Kesah pulak aku kan? Okay okay. Back to the topic. So anggap ah, entri aku kali ni sebab Wany. Haha. Sebenarnya benda ni sering berlaku dalam kalangan masyarakat. k masyarakat. -.-
Pernah tak korang jumpa dengan manusia yang jenis suka benci orang tak tentu pasal? Kenal tidak, apa tidak terus nak benci. Orang macam ni bagi aku serious pelik dan freak dan sycho dan bengong dan bangang dan okay cukup. -.- Seriously i cursed a lot because of this such stupid crazy bicth. Tak percaya tanya wany. Padahal ni masalah dia. Tapi aku yang gelabah lebih. Haha. Listen here, masalah kau, masalah aku jugak. Seriously, note this bitch junior. Kau nak amek SPM kan? Buat perangai bagi matang sikit. Bertaubat lah. Takpayah nak cari masalah dengan orang. Kau tak rasa malu ke? Orang tak kenal kau pun. Tak sedar pun kau ni pernah wujud. Then tetiba kau nak benci orang? Like seriously? Sedih hidup kau kan? Takde benda lain nak buat lah tu kan?
Then kau stalk aku, kau stalk kawan aku. Stalking stalking ni best eh? Habis twitter aku kau stalk. Satu geng kaki stalk. Lawak lah weh. Macam gila pathetic. Tahu tak pathetic? PATHETIC! Come on lah. Are you trying to mess with us? Better don't. Cause you know what? I don't give a fuck. Budak hingusan macam kau ni memang kiteorang malas nak amik tahu lah. Seriously, you are nothing. Nothing.
Okayy. Agak rude kan. Ceh. Actually zaman aku remaja budak boleh lah nak gaduh gaduh ni.Aku sekarang dah tua. Benda macam ni memang membuang masa. Bukan aku. Tapi luahan aku diatas tu memang aku sengajakan. Biar stalker aku makan hati. Haha. Sape suruh stalk aku sangat kan? Padan lah dengan muka tu.
Nasihat aku, takpayah lah nak cari pasal dengan orang, takpayah lah nak benci orang tak tentu pasal. Kadang-kadang kita tak sedar, diri kita sendiri pun belum tentu sempurna. Kadang-kadang kita rasa kita bagus, padahal orang pun ada jugak menyampah dengan kita. Takpayah jaga tepi kain orang. Jaga tepi kain sendiri sudah. Entah-entah kain sendiri pun belum tentu terjaga. Kau hormat orang, orang pun akan hormat kau. Easy right? :)
Saya boleh!
Assalamualaikum
Hey u'olls. *Lambai tangan bajet miss universe*. Ada sesiapa rindukan saya? Lama kan saya tak update? Well biasalah tu. Ini juga mungkin post terakhir saya. Kenapa terakhir? Hal ini demikian kerana, saya sudah tiada masa yang mencukupi untuk melayari internet. Sejak bergelar pelajar PRA-U ni, jadual saya sentiasa padat. Oh ya, lupa nak bagitahu, saya tak dapat UPU. Sedih? Tidak jugak. Sebab course yang saya apply pun takdelah awesome mana. So bila tak dapat, it's okay. Bukan rezeki saya. Peluang pekerjaan untuk course tersebut pun tak banyak mana. Jadi, mungkin Tuhan nak suruh saya bersabar dahulu. Rezeki kita ada dimana-mana. Yang membezakannya cuma lambat atau cepat je.
Eh, kau sanggup ke masuk Form 6? Form tu cikai ahh.
Cikai? Boleh awak ulang semula perkataan cikai tersebut? CIKAI HOTAK KAMU. Listen here buddy. Kalau awak nak tahu lah kan, sijil STPM merupakan sijil peperiksaan tersusah di Malaysia. Dan, mana-mana lepasan STPM yang memohon universiti akan sentiasa diberi perhatian dan akan ditawarkan tempat di universiti. Nak tahu mengapa? 70% tempat di universiti selalunya akan ditawarkan kepada lepasan STPM dan Matrik manakala 30% untuk diploma. Mana lagi menguntungkan? Sudah semestinya menjadi pelajar tingkatan enam lebih menguntungkan.
Tempoh pengajian hanya satu tahun setengah then kemudian terus boleh sambung degree. Diploma pulak? 3 TAHUN. Mana lebih menguntungkan? Tentulah form 6 bukan? Sila angguk. Tambahan pula, pada tahun 2012 ini, sistem STPM yang lama telah digantikan dengan sistem modular. Iaitu sistem berasaskan universiti. Kiteorang pakai pointer sekarang. Bukan macam dulu dah. Setiap 6 bulan, akan ada satu peperiksaan. 6 bulan bersamaan dengan 1 sem. Dan tingkatan 6 mempunyai 3 sem keseluruhannya. Setiap pointer akan dikumpulkan dan setelah dikira-kira dan dibahagi, itulah yang akan menjadi markah STPM nanti. Menarik bukan? Dan sangat menguntungkan. Kenapa saya cakap untung? Sebab dengan sistem macam ni, akan lebih memudahkan lagi pelajar PRA-U untuk study. Setiap sem, cikgu akan bagitahu topik-topik yang akan dipelajari dan kemudian exam. Pelajar PRA U tidak perlu bertungkus lumus membaca dan mengulangkaji setiap topik dan bab . Selepas selesai sem 1, pelajaran yang telah dipelajari untuk sem tersebut tidak perlu diulang untuk sem yang akan datang. Jadi, pelajar tidak perlu menyerabutkan otak dengan pelbagai benda.
Cabaran tentang sistem baru ini?
Cabarannya jugak agak tinggi. Mengapa? Kerana pelajar PRA U mempunyai tempoh enam bulan untuk menghabiskan setiap topik dan kemudian terus exam. Exam tersebut bukan exam cikai-cikai yang dibuat oleh sekolah. Tapi exam tersebut merupakan exam sebenar STPM. Pelajar PRA-U harus mencapai pointer 3.00 dan ke atas setiap sem bagi melayakkan diri mereka menjejakkan kaki ke universiti. Saya sendiri takut dengan perkara ini. Tapi azam dan semangat telah saya tanam didada. Saya percaya saya boleh lakukannya. Saya boleh insyaallah. Saya sudah tiada masa untuk bermain-main, melepak di mall, berfacebook, berblogging. Bulan Jun ini pengajian saya di tingkatan 6 akan bermula. Dan pada bulan November saya akan menghadapi peperiksaan penting iaitu peperiksaan STPM semester satu. Saya harus berubah. Saya tidak boleh bawak perangai pemalas saya semasa di tingkatan lima. Peperiksaan sem satu ni merupakan titik tolak permulaan saya.
And for those yang suka mengutuk pelajar tingkatan enam ni loser lah, apalah. Dengar sini baik-baik. Jangan pandang rendah pada pelajar tingkatan enam. Kau ingat nak dapat masuk tingkatan enam ni pun senang ke? Kat luar tu ramai lagi yang apply nak masuk tingkatan enam. Macam aku cakap tadi, tingkatan enam ni menguntungkan. Tempoh pengajian yang singkat berbanding diploma. Budak diploma yang course pelik-pelik tu pun belum tentu boleh dapat kerjaya yang dijamin masa hadapannya. Macam aku cakap tadi, diorang lebih pandang sijil STPM. K..... tetiba ada "aku" kat atas tu. Ah, malas nak delete. Haha. Jadi kesimpulannya, saya akan stick dengan form 6. Pembelajarannya mungkin agak mencabar. Yaa, semua tahu form 6 susah. Tapi kalau ada passion dan usaha yang berterusan, itu perkara mudah.
Satu lagi benda yang menyeronokkan tentang form 6. Anda masih boleh berada di bawah ketiak ibu dan dapat wang saku setiap hari! Haha. Okay, serious best apa dapat wang saku. And takpayah berpisah dengan family. Ingat best ke study jauh jauh lepastu berjauhan pulak dengan family tercinta? Tak best okay. And satu lagi, pembiayaan untuk form 6 ni murah je. Yuran peperiksaan kerajaan yang tanggung. Tapi kalau diploma tu yuran pengajian dia mesti dah mencecah ribuan ringgit. Tak kira lagi dengan makan minum kita disana. Kesian mak ayah kita kan. Itupun kerjaya belum tentu lagi. Zaman sekarang, persaingan sangat sengit. Orang semuanya pandai -andai belaka. Budak 5A, 4A pun tak dapat masuk U . Tapi kalau mak ayah kaya, boleh je nak hantar anak diorang pergi kolej swasta. Tapi satu je yang berisiko tentang kolej swasta ni. Kadang-kadang, sijil diorang orang tak pandang. Bayangkan, budak yang dapat 1A je dalam SPM, and subjek sains macam kimia, bio, fizik, hancur tunggang langgang, tapi boleh further study dalam bidang fisiologi. When you got money, everything is on. Tapi.......Ada tapinya. Bila dia nak cari kerja, orang akan mudah pertikaikan sijil tersebut. Siapa yang nak ambil dia berkerja? Diorang mestilah nak cari yang betul-betul berilmu.
Dan yang paling penting, jangan lupa mintak pertolongan dekat Allah. Sebab Allah yang berkuasa. Kalau kita belajar rajin macam mana sekalipun. tapi kita tak pernah rajin nak bersolat, kejayaan belum tentu jadi milik kita. Semuanya kehendak Allah.
Random story
Hello and hai. Today is Sunday. Tomorrow? Monday then Tuesday, Wednesday,Thursday and Friday. K. Time flies so fast. Sedar tak sedar dah berapa bulan aku terperuk di rumah. Nak kata bosan tu takdelah sangat. Aku tak pernah bosan duduk di rumah. Sebab rumahku, syurgaku. Aku tak pernah berpisah lama-lama dari family aku. Aku manja. Ceh. Geli sial. Aku taktahu lah macam mana nanti kalau kena berpisah dengan family aku. Hurmm. :'( Tapi at the same time aku tak sabar nak sambung belajar. Otak aku dah tak sabar-sabar nak start belajar, jari-jari aku dah tergedik-gedik nak menulis. Aku rasa tak lengkap hidup kalau aku tak belajar dalam tempoh masa yang lama. So point aku disini, aku tak sabar nak belajar.
Esok UPU result. Err, k taknak cakap pasal tu. Lupakan lupakan. Sebenarnya kan, aku rindu yang teramat dekat kekasih hati aku. Tak pernah rindu dia sampai macam ni. Bayangkan, setiap seminit aku akan pergi usya skrin telefon aku dengan harapan aku akan dapat text dari dia. Padahal aku sendiri tahu yang dia hanya akan dapat handphone dia pada hujung minggu dan dia dah bagitahu awal-awal yang dia akan terus call aku bila dia dah dapat handphone. So aku taktahu apa masalah aku yang pergi usya skrin handphone every single minute. I'm madly in love with him so its normal okay. Padahal tak normal. -.-
Sunyinya bila dia tak text. Handphone aku hanya digunakan untuk twitter sahaja. So lifeless. Tapi nasib baik aku ada Wany and fakhira. Diorang jelah tempat mengadu dan bermanja. Haha. And aku macam dah tak wujud dekat facebook. Sorry to say lah, facebook is so boring. Aku taktahu lah apa benda yang ada kat facebook tu. Aku online pun aku tak buat apa-apa. Sumpah bosan. Facebook dibanjiri dengan budak-budak baru nak up yang memenuhi timeline mereka dengan mengupdate status status yang tahapa-hapa. Melepaskan perasaan, memaki hamun, berdrama, seolah-olah facebook itu merupakan diari harian mereka. Pfft. Tak malu ke orang ramai baca benda tu. Kalau twitter takpe okay. Eh jap, aku rasa sama jugak. Tapi entahlah. Kalau dekat twitter aku boleh terima lagi nak update status every single minute. Tapi kalau facebook? o.O''
And aku jugak dah start berhati hati dengan seseorang ni. Yeah, ramai cakap, she is not a good friend. And it's kinda dissapointing because i really trust her. I don't hate her. But i just hmm. Nevermind. Sorry lah entry aku kali ni bercampur macam macam cerita. Memang aku sengaja. Sebab aku tak tahu nak sembang pasal apa lagi. Haha. K. Bye.
UPU OR FORM 6?
Assalamualaikum and hai. Bulan Mei sudah. Cepat masa berlalu. Bulan Mei sememangnya bulan yang aku tunggu-tunggu. Aku menunggu result UPU. Rasa gelisah memang ada. Tapi perasaan ingin tahu ini semakin membuak-buak. Aku ingin tahu muka seperti aku ini layak dicampakkan dimana? Entah-entah tidak layak langsung. Ah sudah! Aku suka fikir negatif. Maktab dan Matrik memang dah out of the list. UPU harapan aku sekarang.
Tapi aku bersyukur sebenarnya aku tak dapat Matrik. Apa kau ingat Matrik itu mudah? Budak yang dapat SPM 8A pun masa dekat Matrik pointer ciput je. Kalau aku ni? Entah berapa aku dapat. Aku tak bijak mengawal situasi begitu. Alhamdulilah aku dapat form 6. Tapi aku tidak pasti lagi nak masuk ke tak. Apa-apa hal tunggu UPU dulu. Ada orang cakap dekat aku, jangan pandang rendah dengan form 6 sebab,
kos sastera tapi orang selalu pandang rendah ingat senang.. budak sains ada juga objektif tapi kitorang semua esei.. nak nak subjek sejarah.. nasib berbekalkan nasib kot.. keputusan aku cemerlang.. and rezeki lagi dapat masuk U.. and memang betul majoriti kat sini budak stpm..nak tengok lepasan diploma memang susah..matrik pulak yg kat kos math n sains tu pun ciput.. budak STAM ada juga untuk kos islam, arab.. so memang lucky juga tetiba nak masuk form 6 walaupun mula2 ikut member.. minat tu datang sendiri.. bila fikir balik.. memang tak susah..sebab aku jenis student yang kaki ponteng bla bla bla.. kalau datang sekolah aku fokus cikgu ajar je.. jawab stpm kena matang bukan sekadar fakta.. and now aku dapat juga banggakan family and tebus balik cacian orang yang pandang rndah kat aku.. jadi aku memang vote orang ambil risiko belajar form 6..
So sekarang, aku betul-betul pening. Ah pening! Aku keliru nak buat keputusan.
Sebenarnya, kawan-kawan aku ramai yang down gila dengan result SPM diorang. Aku pun actually rasa down. Yelah, i only got 4A. Memang tak 'OHSEM' pun. Tapi semalam aku ada terbaca blog seseorang ni. Dia blogger berjaya jugak. Dan sebaik sahaja aku selesai menghabiskan pembacaan, aku terus tersenyum. Sangat mengispirasikan.
SPM is just a ticket
Apa korang ingat budak yang dapat 1A je dalam SPM tak boleh berjaya? Boleh. Rezeki Allah yang tentukan. Yang membezakannya usaha. Bila dah nak sambung belajar nanti, it is a fresh start. Masa tu passion untuk belajar sangat tinggi. Dan actually ia bergantung kepada course yang kita amek jugak. Hek eleh, cikai je course yang kau amek. Even course cikai ke apa, kalau kita study sampai pointer 4 flat,kita still boleh berjaya okay? Kau amek medic, memang course kau perghh gila hebat. Tapi kalau kau study pun susah gila babi and kau tak boleh go on pun susah jugak.
So apa yang aku tengah buat sekarang, aku banyak membaca blog-blog yang memberikan banyak informasi pasal next step after spm and blablah. Banyak lagi lah. So aku akan decide betul-betul and fikir dalam-dalam. Sebab aku tak boleh main-main dengan masa depan aku. Serious. Otak aku sekarang tengah focus kat benda macam ni je. So kalau korang ajak aku hangout nak sembang pasal one direction memang sorry ah. Ajak sembang pasal benda ni takpe. Okay guys. Got to go. Bye.
STINK
Assalamualaikum...
Hye i'm back. Entry aku kali ni agak serious. Kalau rasa nak teruskan membaca, sila teruskan. Dan blog aku bukan blog politik okay. Jangan salah faham. So korang tengok berita tak? Baca paper tak? Tak kesah lah harian metro ke, kosmo ke. Yang penting korang ada baca tak? So what's hot now? Tak lain tak bukan kalau pasal Bersih tu. Bersih tu actually perhimpunan. Diorang nak hak bersuara and blablah aku pun tak faham sebenarnya apa yang diorang nak. Well actually aku tak kesah pasal ni. Sebab aku rasa diorang bebas nak bersuara. Tapi sepatutnya diorang buat dengan cara yang betul.




Perhimpunan yang kononnya bersih tiba-tiba bertukar jadi macam gambar yang diatas. Sangat tidak bersih okay. Peserta-peserta perhimpunan ni tiba-tiba jadi ganas dan melanggar semua undang-undang. Pukul polis sampai berdarah, rosakkan harta benda awam, langgar sekatan, terbalikkan kereta polis and macam-macam lagi. I heard some rumours, one policeman got killed. Tapi taktahu lah kan kalau tu semua khabar angin. Tapi kalau betul, aku memang tak boleh terima. Seriously.
For me, this kind of demonstrations just creating non other than chaos. And ada satu insiden dimana kereta polis tu hilang kawalan, then semua peserta perhimpunan bersih ni terus jadi gila dengan menyerang kereta polis tu sampai rosak teruk. Aku taktahu apa yang jadi dengan polis tu. Bayangkan, beribu-ribu orang datang serang dia. Sad. :( What happen to our country actually? What happen to our generation? Aku difahamkan peserta perhimpunan ni kebanyakannya tergolong dari golongan muda mudi. SAD. :(
Bagi aku ini semua agenda. Mereka ada agenda tersendiri. Semuanya politik! Politik yang kotor. This thing really making Malaysia's name go down. Benda ni seolah-olah memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Memburukkan pemerintahan Malaysia. What others think about us after watched all the video in youtube? What will they think?
Kenapa individu-individu yang terlibat ni sangat marah dengan kerajaan? I don't get it. When it comes to politics, everybody lose their mind. Bila kita ditimpa kesusahan kita cari siapa? Polis jugak kan? Kena culik, kena rompak,who solve it? POLICE. Then why all this happen? Stop the violence people. Aku bersyukur dengan kemudahan yang kerajaan bagi dekat kita. Klinik 1Malaysia, Kedai 1Malaysia,bantuan buku teks untuk pelajar sekolah,and banyak lagi.
People, just be grateful for what we have in this country. Enough of this already.
.
Eh, kucing ni spoil lahh.
Aku tak tahu lah dia duk sembang apa. Sembang sorang kot. o.O''. Sebab time ni serious aku tak focus langsung dengan perbualan ni. Haha. K muka aku tak nampak. -.-
Mamat ni suka bajet handsome -.-
Hey guys. Eh mesti korang pelik kan amende gamba-gamba ni semua. Salam tak bagi, apa tak bagi terus gamba-gamba je . Haha. Saje letak gamba sebagai intro. Tak salah kan? Well actually, semalam aku melepak dengan cousin aku sorang ni sementara tunggu mak dia a.k.a maksu aku habis meeting. Maksu aku ni ada meeting kat Yan. Kiteorang saja nak ikut dia. And dia pun malas nak drive. Dia prefer anak lelaki dia ni drive. So cousin aku ajak aku teman dia sebab meeting tu berjam-jam lamanya. So, disebabkan dekat Yan memang totally bosan. Aku dan dia pergilah berjalan-jalan di tempat rekreasi yang ada. Sumpah rasa lifeless gila duh. Kiteorang membuang masa macam orang takde kerja lain nak buat.
Then snap lah gamba. Masa dekat air terjun Titi Ayun kot if i'm not mistaken nama dia. Ada lah group lelaki ni usya kiteorang. Diorang buat photoshoot kot sebab ada DSLR bagai. Tahulah camera aku tak terer macam camera diorang. Takyah lah usya bagai. --'
Then kiteorang pun bergerak dari situ and jalan jalan dalam kereta je. Sebab it's raining cats and dog. Dan sekali lagi aku mencarut dalam kereta sebab cousin aku ni bawak macam tutttttt. Okay bye.
p/s; Date yang ada kat setiap gamba tu tak betul k. Aku lupa nak set tarikh kat camera aku tu. -.-''