CHAOS!
Assalamualaikummmm kum kum. Oh stop it fatin! Buat main-main pulak. Sedar tak sekarang pukul berapa?? 1.40 pagi okay? Huh. Tajuk entry telah menunjukkan betapa kacau bilaunya malam ini. Akitivi harianku seperti biasa pada malam ini. Online, main game, baca novel. I'm still not done with my novel p/s i love you. Loser kan? Orang semua dah baca habis novel tu, aku baru merangkak-rangkak nak habiskan. Well, aku kan busy sekarang ni. Mana ada masa nak membaca semua tu. lepas selesai main game semua, aku pun masuklah ke dalam bilik, and tiba-tiba terdapat seekor lipas di bawah meja solek and i was like freaking out. Perempuan bencikan lipas! Tambah-tambah lagi lipas yang boleh terbang. Euww. Disgusting okayy.
So aku terus blur and terkejut sampai tak tahu nak buat apa. Terus aku capai aerosol yang ada ditepi meja and aku sembur ke arah disgusting creature tu sampai mati. Oh man, i was a killer! Haha. But seriously i don't care. Aku lebih rela jadi pembunuh dari membiarkan lipas tu merayau-rayau dalam bilik aku. Mana tahu lipas tu masuk dalam baju aku ke time aku tengah tidur. Euww. Aku takboleh nak bayangkan pun. Agak pelik macam mana lipas ni boleh sesat dalam bilik aku. Selama ni tak pernah ada lipas dalam bilik aku. Aku biarkan mayat lipas tu bersemadi dengan aman dibawah meja solek aku sebab aku tak sanggup nak buang lagi. Geli okay. Pagi esok baru aku suruh adik aku buang. Adik aku semua dah tidur. I am the only one yang masih berjaga dalam rumah ini.
Point aku sekarang, kenapa perempuan benci serangga. Nak tahu kenapa?
Serangga seperti lipas adalah makhluk perosak yang kotor. Badan lipas buat perempuan geli. Ada sesungut panjang, kaki-kaki yang berbulu, merayap dengan laju, boleh terbang. Serious menggelikan. Lelaki pun ada yang geli dengan lipas. Jangan nak tipu lah wahai kaum lelaki kononnya korang tak geli dengan lipas.
Aku juga bencikan belalang. Kaki belalang boleh buat aku jadi tak siuman. Aku sangat-sangat geli dengan belalang! Terutamanya belalang kunyit yang jenis besar. Dulu masa kecik-kecik, aku ada pengalaman pahit dengan dua serangga ni iaitu lipas dan belalang. Masa tu, aku kanak-kanak lagi. Aku leka bermain-main dengan kotak-kotak kosong. Rumah aku time tu banyak kotak sebab aku nak berpindah ke Perak. Aku baring disebuah kotak. Tiba-tiba aku rasa teramat geli. Aku pun terus berdiri tegak dan secara tiba-tiba keluar seekor lipas dari seluar aku. Can't you imagine the gelinessss? Yucks. Pasal belalang pulak biarlah rahsia. Aku tak sanggup nak ingat balik pengalaman pahit aku. Huhu.
So jangan kata aku penakut dengan serangga. Aku tak takut, aku cuma geli. Boleh korang bezakan antara takut dengan geli? Lain kan makna dia? :)