Budak-budak sekarang -.-
Assakamualaikum. Hye, harini aku rasa ada mood nak menulis entry yang lebih serious. Yela, entry aku sebelum ni tak berapa serious. Konon excited sangat. Hehe. Kalau korang jadi aku pun korang akan excited weh. Okay now what? Nampak title di atas? Aku nak cerita pasal budak-budak sekarang. Aku pun actually tergolong dalam golongan budak zaman sekarang. But entry ni aku focuskan kepada budak-budak yang betul-betul zaman sekarang! Contohnya budak yang lahir tahun 1996 dan ke atas.
Aku ni kalau menulis, aku menulis berdasarkan kisah benar, dan aku pernah alaminya sendiri. Masa aku darjah 6, aku tak betul-betul pakai handphone lagi. So kalau nampak handphone automatically aku jadi jakun+hulu gila. Yang tak boleh belah, aku rasa gila excited pegang handphone 3310 tu! Dulu ibu ayah aku pakai 3310. Masa tu aku kecik lagi la. Dalam darjah satu macam tu kot. And handphone 3310 yang paling terkini pada masa tu. Nak tekan pun tak reti, taip message pun bapak lembab. Senang kata semua benda aku slow. Tapi budak sekarang? Darjah tiga pun dah ada handphone sendiri. Dasyat kan masa berlalu?
You know what? Aku start buat facebook masa aku form 3. Haha. Gila lambat kan? Tapi sebelum facebook aku ada jugak layan myspace, friendster semua tu. Tapi takde lah seaktif facebook. Online pun kadang-kadang. Kat rumah takde kemudahan internet, so memang jarang lah aku melayari internet dulu. Zaman sekarang? Senang kata, setiap rumah dah ada kemudahan internet, okay maybe tak semua, tapi kebanyakkannya dah ada. See? Mudah kan? Semuanya dihujung jari. Cuma click je.
Sebab tu, banyak gejala sosial sekarang ni. Nak aku list kan? Ohh,aku malas sekarang. Anda pun tahu kan? So tak payah list. Hehe
Tak payah tengok budak lain. Adik aku pun ada. kerja tweet je everyday, every minute, every second! Social network ni kadang-kadang ada kebaikan dan keburukan jugak. Kebaikan social network bagi aku, aku boleh contact dengan orang lain dengan mudah even dia beribu batu dari aku. Ye, memang handphone pun boleh menghubungkan kita, tapi social network ni more easy and cheap. Keburukannya pulak, kita mesti leka kan? Konon nak online sejam je. Tengok-tengok hentam sampai lima jam. Mana lah tak rabun. *aku cakap kat diri aku ni*
Bukan aku nak cakap pasal kemudahan sosial je, aku nak cakap pasal sosial diorang jugak. Bayangkan baru form 2 dah post status pasal HOT la, boyfriend la, aku yang baca ni pun sampai speechless. Haiyaa. Adik-adik sekalian, sedarkah anda, anda masih dibawah umur. Tidak perlu mencetuskan kontroversi dengan status sedemikian. Ini cuma mencerminkan kebodohan dan ketidakmatangan anda sahaja. Ni lah akibatnya bila dah dapat kemudahan sosial, mulalah nak jadi obses. Setiap minit update status yang bukan-bukan.
Bahasa diorang pun dasyat i tell you. Sampai aku tak paham sepatah haram. "Awokk, titeww cyunx awok sanad-sanad! Titew nurcx awok ngan titew jew tawww. " Korang paham tak? -.-
Sumpah masa aku baca tu, berkerut kerut kening aku nak eja bagi faham. Adik adik ku, adakah bila anda bertutur di alam nyata anda bercakap seperti ini? Try cakap macam ni depan akak, akak nak tengok sikit lidah adik jadi macam mana nanti. Mesti cute kan? -.-
Okay, tak kesah sangat lah kan diorang nak taip macam tu. Ikut suka diorang lah. So nevermind, asalkan diorang bahagia. But please, jangan taip macam tu dengan aku. Enough with the wempittzz stuff, sekarang aku nak cakap pasal akhlak diorang. Sejak aku bekerja ni, macam-macam jenis orang aku dah jumpa. Kids-kids lagi lah selalu. Bahasa diorang memang terbaik lah. Aku rasa macam nak tonyoh-tonyoh je mulut diorang. Sebab apa tau, sebab geram sangat bahasa diorang tu serious cantik yang amat, indah, boleh bikin hati rasa tenang. -.-
So kids, please respect orang yang lebih tua daripada anda. Cuba cakap elok-elok. Bukan susah pun. Tak payah terjerit jerit macam lah orang pekak sangat. Nak bercintan cintun pun korang punya suka, tapi takpayah sampai boleh buat orang rasa macam mak muntah baca status korang tu. You know what? You're too young. Banyak benda lagi korang akan jumpa lepas ni. *bercakap berdasarkan pengalaman*