Beautiful Me

The Disclaimer





Hello and Welcome my fat zomba(s). You have entered to blablabla. I just shared what I like and feel. Put your own words. I hope you like my new skins. Thank you :)

Travel This Site



The Cbox Song



♦ URL blog wajib ade not email
♦ Harsh words & Anon not allowed

Credits


This skin is made by : Mrs AF
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Fatin Nabila 2012


i'm just a girl


Sunday, 12 February 2012 12:43 0 Comment(s)

Pada suatu malam ketika kami sedang khusyuk menonton Manchester United menentang Liverpool di hadapan televisyen.

"Ehh, Nabila dah ada boyfriend baru ke? " tanya ibuku straight to the point. Tidak ditapis tapis lagi dah. Adik beradik ku yang lain mula berbisik bisik sambil bergelak ketawa dengan riangnya. Gila annoying kan ? Cuba korang ada kat tempat aku.

Aku mendiamkan diri sambil tersenyum senyum malu. Dalam hati agak membara melihat kakak dan adikku mentertawakan aku dihadapan ibu tercinta. Ibu masih memandang aku menantikan jawapan. Aku masih lagi diam dan baru sahaja aku ingin menjawab soalan itu, Wayne Rooney menjaringkan goal sulung buat Manchester United. Dan semua mata-mata yang memandang aku tadi terus beralih ke arah televisyen dan mereka terus menjerit dan terus melupakan perihal aku sebentar.

"Yes thank god! Rooney, you save my life! Kau jaringkan goal pada masa yang tepat." bisik aku di dalam hati.

Kegembiraan aku hanya sebentar. Beberapa minit kemudian, kakak dan adik ku mula menyanyikan sebuah lagu yang seriously takkan aku download dan jadikan sebagai playlist dalam ipod aku. -.-
Nak tahu lagu apa? Lagu cinta muka buku by Najwa Latif. Damn. Aku tak tahu kenapa, tetapi aku memang tidak menggemari lagu ini. Najwa Latif? Like seriously? Hell no.

"Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesanan suruh aku terima kamu
Ooh hati ku rasa sesuatu"

Adik dan kakakku menyanyi beramai ramai. Serentak pulak tu. Yang tak boleh dimaafkan, mereka menyanyi dihadapan ibuku. Main point mereka menyanyikan lagu ini sebenarnya ingin memerli aku. Okay, perlian anda memang berhasil. Aku sangat terasa dengan perlian ini. Perlian menerusi lagu? How great. -.-

Tapi ibu aku gagal menangkap apa sebenarnya tujuan mereka menyanyikan lagu ini. Haha. Aku selamat lagi. :)

Mesti korang tertanya tanya apa kena dengan cinta muka buku ni kan? Aku masih cuba mengenali isi hati seseorang. Itu je yang aku boleh cakap. :)