Beautiful Me

The Disclaimer





Hello and Welcome my fat zomba(s). You have entered to blablabla. I just shared what I like and feel. Put your own words. I hope you like my new skins. Thank you :)

Travel This Site



The Cbox Song



♦ URL blog wajib ade not email
♦ Harsh words & Anon not allowed

Credits


This skin is made by : Mrs AF
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Fatin Nabila 2012


Hate that i love you


Monday, 16 April 2012 12:22 0 Comment(s)


Aku cintakan kau. Tapi kenapa kau suka sangat buat aku menangis? Kau tak cintakan aku ke? Kalau kau tak cintakan aku, kenapa dulu kau curi hati aku? Macam-macam kau buat semata-mata untuk memenangi hati aku. Kenapa? Kenapa kau curi hati aku? Tapi bila aku dah terima kau, kau permainkan perasaan aku. Kenapa? Kau  tahu tak, dulu aku tak jangka akan bercinta dengan kau. Kau bukannya type yang aku suka. Tapi ada sesuatu tentang kau yang lelaki lain tak ada. 

Masa kita bercinta semuanya indah bagi aku. Tak ada cacat celanya. Makin hari aku makin sayangkan kau. Aku makin susah nak lupakan kau. Kita cipta memori indah bersama-sama. Kau lengkapi hidup aku. Kau buat aku tersenyum. Sumpah hanya kau seorang dalam hati aku. Tiada yang kedua, tiada yang ketiga. Hanya kau. Semua lelaki yang aku jumpa, hanya wajah kau yang aku lihat. Pakcik jual sayur kat pasar pun aku nampak muka macam kau. Senang kata semuanya kau. Aku semakin gilakan kau. Bodoh betul aku.

Aku ingat hubungan kita akan berkekalan. Tapi aku silap. Tersangatlah silap. Kau tiba-tiba berubah. Kekasih hati yang aku sayang dulu dah berubah. Kau sudah pandai menipu aku. Kau mengelak bila aku ajak jumpa, kau balas text aku lambat. Kadang-kadang kau tak balas terus. Dan aku punya lah bodoh tunggu kau sampai tertidur dengan harapan kau akan balas message aku. Aku terluka. Tidur aku ditemani air mata. Aku cuba tersenyum tapi itu semua plastik. Plastik! Polistrin semua cukup. 

Bila aku tanya kau kenapa, macam-macam alasan yang kau bagi. Kau pergi main futsal, kau tolong mak kau kemas rumah, kau hantar adik kau pergi sekolah sedangkan kau sendiri tahu kau tak ada adik. Bengong. Apa masalah kau sebenarnya? Kau dah tak sukakan aku ke? Tapi kau taknak jawab. Kau terus pergi macam tu je. Kau biarkan aku berdiri seorang disitu macam orang bengap. Kenapa kau kejam? Kenapa? Aku ada lukakan hati kau ke? Aku ada buat salah ke? Kenapa kau taknak bagitahu aku? Kau biarkan aku dihantui perasaan bersalah yang teramat sangat.

Aku sunyi. Setiap hari aku menanti panggilan telefon dari kau. Aku rindu senyuman kau. Aku rindu good morning text kau. Aku rindu suara kau. Semuanya aku rindu tentang kau. Tapi.... Kau tak rindukan aku pun. Penantian aku sia-sia. Sebab aku nampak kau bersama perempuan lain. Perempuan tu tak cun pun. Aku cun lagi. Ehem terbatuk. K serious balik. Aku pergi serang kau dan perempuan tu. Aku menangis kat situ jugak. Aku dah tak peduli tanggapan orang terhadap aku. Sebab apa yang aku baru nampak tadi betul-betul dah buat aku gila. Kau curang dengan aku! Kalau ye pun kau nak curang, carilah yang lawa sikit. Kau speechless. Kau kaku bila nampak aku ada kat situ. Kau pujuk aku. Tapi aku lari. Perempuan yang kau curang tu pun lari sebab dia pun kira kena tipu jugak lah "kot". Tapi.... Kau tak kejar aku. Kau kejar perempuan tu.

Aku balik rumah meraung. Aku menangis sampai mata aku bengkak. Aku rasa macam nak terjun  bangunan. Tapi aku masih ada iman. Buat apa aku bunuh diri sebab lelaki macam kau. Air mata aku ni pun tak layak untuk kau. Dan sejak dari tu, aku teruskan hidup aku. Aku move on. Aku taknak dibayangi oleh kau lagi. Aku tutup kamus hidup aku yang lama. Aku mulakan sesuatu yang baru. Tapi..... kau kembali . Setelah bertahun-tahun aku berusaha melupakan kau dan akhirnya aku berjaya, kau dengan mudah kembali . Kau tahu betapa seksanya aku cuba melupakan kau? Kau tak pernah tahu. Kini kau muncul semula memohon peluang yang entah keberapa telah aku berikan. Kenapa kau kejam?

Macam-macam yang kau buat dekat aku. Tapi aku tak pernah benci kau. Cinta ni betul-betul dah buat aku buta. Ramai-ramai lelaki yang ingin berkawan dengan aku, semua aku tolak semata-mata kerana aku masih cintakan kau.Kalau nak dibandingkan diorang dengan kau, diorang sepuluh kali ganda lebih handsome dari kau. Ada sorang tu muka macam Liam Payne, sorang lagi tu macam Zayn Malik, yang macam Justin Bieber pun ada. Tapi semua aku tolak kerana kau! Kenapa kau tak hargai aku? 

Aku benci sebab aku sayangkan kau lagi. Aku benci kau!

Amacam ? Boleh jadi penulis novel tak? harhar. Korang jangan suspen k. Ni bukan kisah benar pun. Aku saja tulis. Nak test sikit penulisan aku yang tak seberapa ni. Tak sangka aku ni pandai karang love story gak ek? Ihik. Bangga sebentar. Mohon jangan muntah. Aku bukan apa. Bosan aku dah sampai level 20/20. Hehe. kbai.